Kerja Kosong sebagai Setiausaha di Lembaga Tabung Haji – Tarikh Tutup 3 Februari 2016

Kerja Kosong sebagai Setiausaha di Lembaga Tabung Haji – Tarikh Tutup 3 Februari 2016
Adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia / calon-calon yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kerja kosong seperti mana dibawah:
1. Setiausaha
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
i. Mengurus dan merekodkan semua surat/ dokumen masuk/ keluar serta memfailkan ke dalam fail-fail berkaitan termasuk membuat salinan yang mencukupi untuk edaran kepada pegawai-pegawai yang memerlukan tindakan segera;
ii. Memasti dan menentukan tindakan ke atas surat/ dokumen/ e-mel yang telah diambil tindakan/ minit Ketua Pejabat supaya diedarkan kepada pegawai berkaitan untuk tindakan selanjutnya;
iii. Menyimpan, menyelaras, mengawal dan mengemaskini sistem fail dan dokumen;
iv. Menyedia dokumen dan menjawab surat-surat seperti yang dikehendaki oleh Ketua Pejabat;
v. Menetapkan segala temu janji, mesyuarat, seminar/kursus dan sebarang program yang melibatkan Ketua Pejabat;
vi. Merancang dan mengawal selia jadual kerja/ diari/ kalender Ketua Pejabat seperti menyelaras mesyuarat, temu janji/ urusan perjalanan mengikut kepentingan supaya semua aktiviti yang dijadualkan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang pertindihan;
vii. Menyemak folder mesyuarat dan menyediakan checklist isu-isu penting mesyuarat untuk panduan Ketua Pejabat;
viii. Mengendalikan urusan persediaan mesyuarat seperti dokumen, tempahan bilik mesyuarat dan sebagainya;
ix. Berperanan dan bertanggungjawab menjaga kerahsiaan dokumen, rekod dan fail di pejabat Ketua Pejabat;
x. Menguruskan bil dan tuntutan seperti menaip borang-borang tuntutan perjalanan, permohonan pendahuluan diri, bil-bil telefon dan bil-bil utiliti;
xi. Urusan tempahan tiket, penginapan bagi pihak Ketua Pejabat;
xii. Menguruskan lain-lain keperluan Ketua Pejabat dari semasa ke semasa.
Cara memohon :
KLIK DI SINI UNTUK MEMOHON . PERMOHONAN HANYA SECARA ONLINE SAHAJA