Kerja Kosong Pegawai Audit Dalaman W44/48 di Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang – Tarikh Tutup 31 Januari 2016

Kerja Kosong pegawai Audit Dalaman W44/48 di Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang – Tarikh Tutup 31 Januari 2016

JOB DESCRIPTION
PEGAWAI AUDIT DALAMAN – GRED W 44/48 – (1 KEKOSONGAN)

(a) Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
(b) Gred Jawatan : GRED W 44/48
(c) Taraf Jawatan : KONTRAK
(d) Jadual Gaji : GAJI MINIMUM – RM 3,412.00
: GAJI MAKSIMUM – RM 10,610.00

(e) Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 250.00 / RM 270.00

DESKRIPSI TUGAS:

i. Bertanggungjawab ke atas semua aspek kewangan, perbendaharaan, kawalan belanjawan, perakaunan korporat dan fungsi pengurusan aset tetap sejajar dengan proses tadbir urus;

ii. Menyelia penyediaan laporan kewangan berkanun dan laporan pengurusan dalam masa yang ditetapkan;

iii. Menyemak, mencadang dan melaksanakan penambahbaikan kawalan dalaman, prosedur perakaunan dan sistem laporan pengurusan;

iv. Memastikan segala pematuhan penuh terhadap laporan kewangan berkanun dan pentadbiran mengikut keperluan undang-undang;

v. Berhubung dengan juruaudit luaran, perunding cukai, organisasi luaran dan bank-bank mengikut keperluan perbadanan;

vi. Menguruskan pembangunan dan pelaksanaan projek-projek ad-hoc dan memantau pencapaian KPI perbadanan;

vii. Menjalankan penilaian pengurusan dan risiko.


SYARAT-SYARAT LANTIKAN:-

(a) Mempunyai diploma atau ijazah dalam bidang perakaunan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(b) Profesional dalam perakaunan atau kelayakan audit dalam CPA;

(c) Mempunyai sekurang-kurangnya 8 tahun pengalaman dalam pengurusan kanan dalam kapasiti yang sama. Berkelayakan dengan pengalaman berkaitan yang tidak kurang daripada 15 tahun akan dipertimbangkan . (untuk pemegang diploma);

(d) Mempunyai sikap integriti yang tinggi , kepimpinan yang baik, pengurusan dan kemahiran penyeliaan;

(e) Mempunyai kemahiran analitikal yang kuat untuk maklumat dan kemahiran menyelesaikan masalah;

(f) Mengikut tatakerja yang teratur untuk memenuhi tarikh akhir;

(g) Pro-aktif dan mampu bekerja secara bebas;

(h) Kebolehan bekerja secara kumpulan dengan mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi;

(i) Mempunyai pengetahuan kerja yang baik dan kemahiran dalam aplikasi Microsoft Office;

(j) Kebolehan berkomunikasi dan menulis dalam dwi bahasa (Bahasa Melayu/Inggeris)

PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang yang disediakan dan menyediakan butiran diri (resume) yang lengkap, dengan menyatakan kelayakan akademik, pengalaman kerja dan salinan-salinan sijil berkaitan yang telah disahkan bersama-sama dua (2) keping gambar terbaru bersaiz passport kepada :


PEJABAT PERBADANAN BUKIT BENDERA PULAU PINANG
TINGKAT 7, BANGUNAN TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT BUKIT BENDERA
JALAN STESEN BUKIT BENDERA
11500 PULAU PINANG
(u.p: Bahagian Khidmat Pengurusan)
NO. TEL: 04-8288880 / 61 NO. FAKS: 04-8288862

Borang permohonan boleh dimuat turun melalui Laman Web http://www.penanghill.gov.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 JANUARI 2016

Facebook Comments

comments

Leave a Reply